Tuesday, September 8, 2015

MYKAD Boleh Berfungsi Sebagai Kad Touch & Go...

Cara Topup MYCARD Untuk Menggunakan Tol Touch N Go

Bermula tengah hari tadi, sebanyak 2 laluan Plaza Tol di Utara Kedah telah pun menutup kaunter bayaran cash kepada pengguna-pengguna lebuhraya.

Kesemua pengguna-pengguna lebuhraya selepas ini perlu membeli kad TnG, memiliki apa-apa kad yang mempunyai fungsi TnG atau sekurang2nya mempunyai nilai di dalam MYCARD untuk digunakan bagi membayar tol ketika melalui lebuhraya-lebuhraya tersebut.

Berikut ialah senarai 2 lebuhraya yang terlibat adalah :

1. Plaza Tol Bkt. Kayu Hitam, Lebuhraya PLUS
2. Plaza Tol Jitra, Lebuhraya PLUS


Alasan kerajaan ialah pemahsuhan laluan tunai ini perlu bagi mengurangkan kesesakan jalanraya.
Hahaha.

Oke. Jangan kelam kabut nak p beli kad TnG dulu.

1. Mula2 buka dompet masing2.

2. Tengok ada tak IC. Kalau takde IC memang jahanam la korang. Warga asing ke apa neh. Kah Kah Kah

3. Then tengok belakang IC. Kalau ada lambang TnG dan cipnya ialah 64K dan ke atas, maka korang boleh gunakan IC korang sebagai TnG. Takyah susah2 beli kad TnG beb. Kalau 32K memang tak dapek la den nak tolong. Dan yang baru replace IC tue takyah susah2. Confirm cip korang dah upgrade ke 80K macam aku. Kita dah maju weh. Jom bangga. Hihi.


4. Then laju2 tengok gambar kat bawah neh ;

 
Ini kawasan-kawasan yang boleh korang tambah nilai MYCARD korang untuk guna laluan TnG. Rujuk link neh juga. Cari location yang berdekatan korang. Boleh cari kat tempat yang tak kenakan surcaj. Ada surcaj bagi kawasan tertentu. Ikut suka korang la nak follow yang mana. Dan surcaj kat ATMs memang confirm dikenakan GST. Aku check sendiri website TnG. Kalau kena caj sekalipun anggap la derma ke Najib oke. Buat bayar bodyguard untuk teman mama Rosmah kau yang suka shopping lama-lama.

HAHAHAHA.

5. Tapi kalau IC korang bawah 64K, korang still ada solusi. Mana2 kad Watson ke kad Giant ke seumpamanya sekarang dah ada fungsi TnG sekaligus. So topup je guna kad-kad macam tue. Caranya amek kad-kad tue dan check sendiri. Baca-baca la apa yang dia tulis. Biasanya ada paparan icon TnG. Dan dia akan notekan samada boleh guna untuk tol ataupun tidak. Lihat belakang kad betul2. Dan baca sampai faham.

6. Ini cara-cara nak topup guna ATMs ;

- Masukkan kad ATM dan no pin

- Pilih transaksi "TOUCH 'N GO" di skrin yang dipaparkan

- Pilih "LOAD VALUE".

- Kad ATM akan di tolak keluar.

- Ambil kad ATM dan sentuhkan MYCARD pada panel Touch 'n Go.

- Pilih nilai yang dikehendaki




- Pilih akaun untuk transaksi debit

- Sentuhkan MYCARD pada panel Touch ‘n Go sekali lagi untuk tambah nilai

- Baki nilai kad baru akan terpapar di skrin sekiranya transaksi berjaya. Resit tambah nilai akan dicetak. Sila simpan resit tambah nilai untuk sebarang rujukan**.

** INGAT. RESIT KENA SIMPAN TAU. SEKALI KAU NAK BAYAR TOL ALIH2 TAKDE KREDIT DALAM MYCARD KAU CAMNE NAK CLAIM REFUND KALAU TAKDE RESIT?

Maksudnya kat sini cari ATMs yang ada panel TOUCH N GO. Kat mesin ATM selalunya berdekatan dengan tempat tekan2 no pin. Kalau takde, jangan susah payah p congok2 kat situ untuk topup kat ATM tersebut. Buang masa ko je.

7. Kalau kat kaunter Watson ke Seven E ke station minyak ke lebuhraya ke p suruh kaunter buatkan. Dorang akan service korang. Serah je MYCARD atau apa-apa kad yang ada logo TnG untuk menambah nilai TnG di dalamnya.

8. Paling rendah boleh topup untuk permulaan di kaunter ialah 10.00. Selepas itu ikut suka la nak tambah berapa2. Limit 500 dalam sekali topup. Kalau guna kad TnG, korang boleh simpan sehingga 1,500 kredit dalam tue. Kalau guna MYCARD aku tak pasti peraturannya dia macam mana. Tapi kalau nak topup via ATMs, paling rendah ialah RM50.

9. Kalau kad hilang takde masalah, kredit boleh claim. Sama juga untuk MYCARD. Baki dalam card boleh diclaim dari TnG. Tapi dengar cerita la, orang sembang kedai kopi. Meliat (makan masa) gak depa nak uruskan. Muahaha.

10. Dan, bagi yang betul2 taknak guna MYCARD sebagai TnG atas alasan takut hilang IC, cuai dan sebagainya boleh la beli kad TnG kat kaunter2 berdekatan dan jangan lupa baca syarat2 kat sini. Ada syarat2 gila gak tau. Kalau dalam masa setahun kau tak guna kad TnG, tak memasal kau kena bayar fee deactivated card dan ianya akan berterusan dalam selang masa 6 bulan. Mula2 tak guna setahun, kena denda (walaupun dia tulis fee padahal denda, saja je kapitalis TnG nak kelirukan minda kau supaya penolakan kredit tue nampak suci) then lepas 6 bulan, tak guna lagi, dia denda kau. Bugima. Alasan dorang? Untuk cover system maintenance dan kos admin. Apa jadahnya tah. Dah kita tak guna kan, apa kaitan dengan sistem dan kos operasi apa semua. Terasa customer diperbangangkan pula. Dan untuk Touch N Go versi MYCARD pula dia takde tulis kena fee kalau tak aktif untuk setahun. Cuma dia maklumkan ada jangka hayat kredit selama 10 tahun. Maka selamat la kot dari syarat2 gila di atas.

HAHAHA.

Dan untuk check baki kredit TnG secara online pula korang kena register kat website TnG. Selain baki boleh check transaksi yang pernah dibuat juga. Klik sini.

Mana nak cari serial TnG versi MYCARD?

Lihat gambar ;

 

Dan versi kad-kad yang dilengkapi dengan fungsi TnG pula ;


Aku terai pastikan dengan kad Watson aku, nampaknya kedudukan serial no tue memang confirm di bawah kad-kad yang dilengkapi dengan fungsi TnG.

So itu je la. Selamat bertouch N go.

Dipetik dari Blogger di bawah:
Kredit untuk :http://www.amenoworld.net/2015/09/cara-topup-mycard-untuk-menggunakan-tol.html


Wednesday, September 2, 2015

DAH NAK SANGAT GEROBOK BESI BERPALANG--NI DIAAAAA...

PI TEMPAH MENATANG NI..RM35.00


BALIK PASANG KAT GEROBOK LAMA NI


DAH SIAP SEBIJI....

BOLEH LA DUA BIJI ARI NI....

MAJLIS BACAAN YASSIN DAN SOLAT HAJAT MGB KUBANG PASU 2015

Setinggi Penghargaan dan Terima kasih yang tidak terhingga kepada Tuan Imam dan Jawatankuasa  Kariah Masjid Wang Tepus,YB Pak Tam (ADUN Jitra),Pak Ku Amran (GB SK Penghulu Haji Darus) JK MGB Kubang Pasu serta semua yang terlibat dalam menjayakan Program tersebut. Semoga segala usaha murni ini akan diberkati Allah S.W.T....


GAMBAR SEKITAR MAJLIS TERSEBUT



Thursday, August 6, 2015

Pilihan Tarikh Hari Ganti Persekolahan Tahun 2015



Mana-mana sekolah yang Tidak Cukup Hari Persekolahan 190 Hari bagi Tahun 2015 ini boleh pilih la mana-mana tarikh yang berkenan di hati...............

Wednesday, July 29, 2015

Wednesday, July 22, 2015

JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN PERCUBAAN UPSR NEGERI KEDAH 2015

BERIKUT ADALAH JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN PERCUBAAN UPSR PERINGKAT NEGERI KEDAH TAHUN 2015 YANG DIKELUARKAN OLEH MGB KEDAH.

TARIKH
WAKTU
KOD KERTAS
NAMA KERTAS
MASA
JENIS KERTAS


ISNIN
27
JULAI
2015

08:15 pagi – 09:05 pagi

10:05 pagi –
11:20 pagi

12:20 tgh –
01:00 ptg


011


012


015/2

Bahasa Melayu Pemahaman

Bahasa Melayu Penulisan

Matematik
Kertas 2


50 minit


1 jam
15 minit

40 minit

Objektif Aneka Pilihan

Subjektif


Subjektif

SELASA
28
JULAI
2015


08:15 pagi –
09:15 pagi

015/1

Matematik
Kertas 1

1 jam

Objektif Aneka Pilihan





RABU
29
JULAI
2015


08:15 pagi –
09:30 pagi



10:30 pagi –
11:20 pagi

12:20 tgh –
01:35 ptg

018




014/1


014/2

Sains




Bahasa Inggeris
Kertas 1

Bahasa Inggeris
Kertas 2

1 jam
15 minit



50 minit


1 jam
15 minit


Objektif Aneka Pilihan
dan
Subjektif

Objektif Aneka Pilihan

Subjektif